Our social:

Selasa, Mei 22, 2012

Selamat Datang Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah 2012

Pelajar tingkatan 6 sedang melapor diri
Pendaftaran pelajar tingkatan 6 pada 8 Mei 2012 lalu berjalan lancar. Seramai 280 Orang pelajar telah ditawarkan ke Tingkatan 6 rendah di SMK Baru Miri, 162 orang aliran kemanusiaan dan 118 orang aliran sains. Pada hari pertama pendaftaran seramai 85 orang pelajar yang hadir. Dari senarai terakhir pendaftran dari Penolong Kanan Tingkatan 6 Cikgu Elisabeth, kini pelajar yang mendaftar telah bertambah kepada 95 orang. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya ke tingkatan 6 rendah pada tahun ini semoga anda mempunyai target yang lebih hebat untuk STPM 2013.

Sebahagian pelajar yang mendaftar pada hari pertama 8 Mei 2012, mereka kini sedang menjalani Orientasi tingkatan 6. Mereka kini bergelar pelajar Pra-Universiti...
Pelajar-pelajar yang mendaftar merupakan bekas pelajar SMK Baru Miri, SMK St Columba, SMK St Joseph, SMK Luak dan SMK Agama Miri.

Selamat Datang dan Selamat Menjadi Warga SMK Baru Miri..

Terima kasih Cikgu

Pengetua..