Our social:

Khamis, Mei 24, 2012

KEJOHANAN FUTSAL GURU, STAF DAN PIBG KALI-1 SEMPENA HARI GURU SMK BARU MIRI

Kejohanan Futsal Guru, Staf dan PIBG Kali-1 telah dijalankan pada 22 Mei 2012 dari pukul 7.00 hingga 9.00 malam bertempat di Gelanggang Borneo Futsal Miri.  Seramai 21 pemain telah menyertai kejohanan ini. Satu jawatankuasa telah dibentuk untuk melancarkan dan memantapkan perjalanan kejohanan yang julung kali diadakan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Cikgu Fauzi selaku pengarah program dan Cikgu Nazimi selaku penolong pengarah program. Setiausaha bagi jawatankuasa ini ialah Cikgu Adib dan bendahari disandang Cikgu Fatihi. Jawatankuasa kecil yang lain seperti hadiah, minuman, peralatan, pengadil, data dan fotografi juga telah dibentuk dan dianggotai oleh guru-guru dan staf sokongan.
Pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan di mana setiap pasukan dianggotai oleh 5 pemain campuran di antara guru, staf dan wakil PIBG. Format perlawanan ini diadakan secara liga dan masa perlawanan ialah 10 minit bagi satu perlawanan. Pasukan yang bertanding ialah RED GC, GO GREEN, THE ORANGE, OCEAN BLUE.
 Barisan pemain

 Sebahagian aksi perlawanan yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan

Perlawanan telah dimenangi oleh pasukan GO GREEN dengan 7 mata. Diikuti pasukan kedua RED GC dengan 6 mata. Tempat ketiga dimenangi pasukan THE ORANGE dengan 4 mata. Tempat keempat disandang pasukan OCEAN BLUE tanpa sebarang mata. Penjaring terbanyak pula telah dikongsi oleh 3 orang pemain iaitu Cikgu Fauzi, Cikgu Nazimi dan Cikgu Hamidon dengan jumlah jaringan sebanyak 4 gol.
Terima kasih Cikgu......

Daripada :
Cikgu Ahmad Fauzi
Pengarah program 
Kejohanan Futsal
SMK Baru Miri