Saringan TIMSS dan PISA Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 2013
Pada jam 10.30 pagi 30 Julai 2013 para pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 telah melalui satu saringan TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan PISA ( Programme For International Student Assessment). Ringkasnya kedua-dua program ini dipanggil STP atau Saringan TIMSS dan PISA iaitu satu program memperkasakan Sains dan Mathematik di peringkat Antarabangsa.Saringan tersebut dibahagikan kepada 2 sesi. Bagi sekolah kita sesi pagi diadakan pada jam 10.30 pagi. Manakala bagi sesi petang ia diadakan pada jam 1.30 petang.Pada jam 10.30 hingga 11.15 pagi atau selama 45 minit itu, pelajar tingkatan 1 menduduki ujian bertulis Pentaksiran Kompetensi Matematik Sekolah Menengah. Manakala pelajar tingkatan 2 menduduki ujian bertulis Literasi Matematik Sekolah Menengah.
Pada jam 11.30 - 12.15 pagi pula kertas kedua bermula. Pelajar tingkatan 1 menduduki ujian bertulis Pentaksiran kompetensi Sains Sekolah Menengah dan Tingkatan 2 menduduki ujian bertulis Literasi Sains Sekolah Menengah.
Gambar bawah menunjukkan pelajar tingkatan 1 dan 2 SMK Baru Miri sedang tekun menjawab soalan. Pemantauan dilakukan oleh Cikgu Lim Yong Soon dari PPD Miri. Beliau hadir dan masuk ke semua kelas dari jam 10.15 hingga 12.00 tengahari..
Terima Kasih Cikgu...