Our social:

Rabu, Julai 31, 2013

Majlis khatam Al-Quran

Pada 30 Julai 2013 Jam 5.30 petang satu Majlis khatam Al-Quran beramai-ramai sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak telah diadakan di Surau Smk Baru Miri. Sebelum ini majlis tadarus dijalankan pada masa rehat sepanjang bulan Ramadhan mengikut jadual yang ditetapkan oleh ustaz dan ustazah.

Seramai 50 orang pelajar dari semua tingkatan terlibat. Manakala sebilangan besar pelajar lain bersama guru2 menolong ustazah menyediakan juadah untuk berbuka puasa.

Turut serta dalam majlis khatam Al-Quran ini ialah Pengetua SMK Baru Miri, Ustaz Baharuddin dari SMK Lopeng Tengah dan guru2 Islam SMK Baru Miri bersama- sama kaum keluarga masing-masing.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Shukri, Ustaz Ahmad Fauzi dan Ustazah Normah serta semua pelajar yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Tidak dilupakan juga kepada semua guru yang banyak memberi sumbangan derma..



Terima Kasih Cikgu...