Our social:

Selasa, Mac 19, 2013

1 Million Women & Famili Purple Walk Miri 2013

Miri 17 Mac 2013 - Seramai 116 orang pelajar dan 15  orang guru SMK Baru Miri telah menyertai 1 Million Women & Famili Purple Walk Miri 2013 yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Miri. Majlis tersebut merupakan aktiviti peringkat kebangsaan dan di Bandaraya Miri ia  telah di rasmikan oleh Datuk Peter Chin Fah Kui.

Majlis tersebut kelihatan sangat  menarik dimana semua kentijen yang hadir termasuk kontijen sekolah berpakaian unggu. Tepat jam 7.00 pagi semua kontigen berjalan beramai-ramai mengikut laluan yang ditetapkan  sekitar bandaraya Miri selama 1 jam sebelum berkumpul semula di padang.

Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat. 

Saksikan gambar-gambar berikut yang memaparkan kemeriahan majlis..







Turut sama Pengetua SMK Baru Miri


Terima kasih Cikgu..