Our social:

Selasa, Mac 19, 2013

Takziah Kepada Cg Norzima Sekeluarga

Takziah kepada Cikgu Norzima Bt Ali Husien yang telah kehilangan Ibu kesayangan  Allahyarhamah Patimah Bt Rinni @ Paridah Bt Reni pada Hari Jumaat lalu 15 Mac 2013. Menurut Cg Norzima Allahyarhamah Ibu beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 12 tengahari, hari Jumaat di Hospital Besar Miri kerana sakit jantung. Jenazah kemudian di bawa ke Masjid At-Takwa untuk diuruskan dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Miri.

Semua warga sekolah turut sedih dengan berita ini dan berdoa agar roh Allahyarhamah di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatehah kepada ibu beliau. Al-fatehah...




Al-fatehah..