Majis Perasmian Bulan Akademik 2014 Peringkat Sekolah
Majlis perasmian Karnival Akademik pada hari ini 8 April 2014 yang dirasmikan oleh Pengetua SMK Baru Miri jam 8 pagi di Dewan Sri Harmoni berjalan lancar.Terima kasih kepada semua pelajar dan para guru yang bertungkus lumus menyediakan program, pameran dan persediaan perasmian yang sangat hebat. Suatu perkara yang sangat terpuji apabila Bidang kemanusiaan dan Bidang Votek menggunakan kekuatan sekolah iaitu kelebihan yang ada pada murid yg telah menyertai pertandingan menyerikan majlis perasmian itu.
Majlis penutupan pula akan diuruskan oleh Bidang Bahasa dan Bidang Sains dan Mathematik.
Semoga Karnival Akademik kali ini meriah dengan penyertaan semua warga sekolah seterusnya mencapai matlamat dan tema Karnival kali ini , PEMBUDAYAAN ILMU PEMANGKIN KECEMERLANGAN..