Lawatan Muhibbah !
Pada 9 April 2014 lalu 3 orang pensyarah kanan IAB terdiri daripada En. Zulkefli bin Manaf, Puan Meriam bt Allias dan Puan Alida bt Ali sempat dibawa melawat SMK Baru Miri.Mereka sebenarnya adalah 3 orang pensyarah yang dalam tugas rasmi memberi kursus Pembangunan Prestasi Sekolah atau School Perfirmance Development Program (SPeeD-up) kepada para Pengetua, Guru Besar dan semua penolong kanan Daerah Miri selama 3 hari dari 8 hingga 10 April di PKG Miri.
Terima kasih kepada mereka kerana sudi ke SMK Baru Miri. Mereka juga dijangka akan melawat sekolah-sekolah terpilih selepas kursus ini nanti untuk melihat impak dari kursus tersebut..