RUNDING CARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT
Pada hari Khamis, 13 Jun 2013 lalu Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan Runding cara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan di SMK Baru Miri. Runding cara ini bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat sekolah.
Antara yang terlibat dalam runding cara tersebut ialah Pengetua, Semua Penolong Kanan, semua Ketua Bidang dan semua Anggota Kumpulan Pelaksana bersama dengan Puan Che Zakiah Bt Mohamad Salim, Pensyarah kanan dari IAB. Setelah selesai semua fail di semak, satu sesi talimat telah diadakan di dalam bilik peperiksaan.
Menurut, Puan Che Zakiah, lawatan beliau kali ini telah mencapai objektif yang ditetapkan. Sesi beliau bersama dengan pihak pengurusan sekolah tamat pada jam 3.30 petang.
Terima kasih Cikgu..