Our social:

Jumaat, Jun 14, 2013

PROJEK PERUNDINGAN INPUMA-keTTHA, "KAJIAN TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT AWAM KHUSUSNYA GENERASI MUDA MALAYSIA TERHADAP PERUBAHAN IKLIM GLOBAL DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU

Pada Selasa, 12 Jun 2013 lalu SMK Baru telah di lawati oleh beberapa orang pegawai dari Universiti Malaya untuk melaksanakan satu kajian tahap kesedaran masyarakat awam khususnya generasi muda terhadap perubahan iklim global dan penggunaan teknologi hijau. Kaji selidik tersebut telah melibatkan seramai lebih dari 300 orang murid yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan 4,5 dan 6.

Prof Madya Dr Sumiani


Para pelajar sedang menjawab soalan kaji selidik



2 orang Prof Madya dari UM

Cg Rafidah sedang di temuramah


Antara 2 orang pegawai dari UM tersebut ialah Prof. Madya Dr Sumiani Yusoff dan Prof Madya Dr Syakila Yakob.Menurut mereka Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (keTTHA) baru sahaja meluluskan geran projek perundingan kepada Institut Antarabangsa Polisi Awam dan pengurusan (INPUMA).

Objektif lain projek ini ialah untuk meninjau tahap kesedaran masyarakat terhadap isu perubahan Iklim global dan penggunaan teknologi hijau di Malaysia. Kajian turut meninjau amalan serta program yang berkaitan dengan teknologi hijau di peringkat sekolah dan menilai keberkesanan program / aktiviti yang telah dijalankan.

Terima kasih Cikgu..