Our social:

Sabtu, April 20, 2013

Perayaan Hari Guru 2013

Perayaan Hari Guru 2013 Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan di Kapit pada 21-23 Mei 2013, Manakala peringkat Daerah Miri akan diadakan pada 13 hingga 15 Jun 2013. Antara cadangan aktiviti Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Miri ialah:
  1. Program derma darah - SMK Baru Miri
  2. Ceramah keilmuan - IPG Kampus Sarawak, Miri
  3. Perkongsian Ilmu - SK Pujut Corner
  4. Keagamaan - SK Agama dan SMK Agama
  5. Sukan dan Rekreasi (Petanque) - MGB Zon Bakong
Mesyuarat Majlis Pengetua Daerah Miri kali pertama Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru pada 18.4.2013 di Kolej Vokasional Miri, dipengerusikan oleh Cg Marcus Raja Pengetua SMK Lopeng Tengah. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari. Gambar Ikhsan Pengetua SMK Agama Miri, Ustaz Roslan.
Tema hari guru 2013 ialah : GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI  1 AGENDA

Sambutan hari guru peringkat SMK Baru Miri ialah 23 Mei 2013.

Terima kasih Cikgu..