Majlis Permuafakatan 2013
Majlis Permuafakatan Ibu bapa SMK Baru Miri, Anjuran bersama PIBG SMK Baru Miri telah diadakan pada 20.4.2013. Majlis permuafakatan kali ini hanya melibatkan tingkatan 3,4,5 dan tingkatan 6. Majlis Permuafakatan Ibu bapa untuk tingkatan 1 dan 2 akan diadakan kemudian bagi memberi ruang guru-guru tingkatan 1 dan 2 mengisi data online PBS. Selesai sahaja tugas tersebut hari permuafakatan tingkatan 1 dan 2 akan di tetapkan tarikhnya.
Ibu bapa berbincang dengan guru-guru kelas tentang anak-anak masing-masing |
Cg Steffanie sedang berbincang dengan ibu pelajar.. |
Pada keseluruhannya, ibu bapa memilih untuk datang lebih awal bersama-sama anak untuk berjumpa guru-guru. Kedatangan agak kurang memuaskan, barangkali hari ini juga adalah hari penamaan Calon untuk pilihanraya ke 13. YDP PIBG juga memohon maaf kerana tidak dapat hadir bersama kerana ada tugas yang tidak dapat dielakkan.
Walau bagaimanapun terima kasih kepada semua yang terlibat mengurusakan Hari Permuafakatan hari ini. Terima kasih kepada semua guru, para pelajar dan kakitangan sekolah yang sama-sama hadir menjayakan hari permuafakatan ini.
Terima kasih Cikgu..