Makan Malam Simpulan Budi Pemimpin Pelajar dan Ahli Lembaga Koperasi SMK Baru Tahun 2012
Pada 19 Oktober lalu, bertempat di Dynasty Hotel Miri telah berlangsung satu majlis makan malam simpulan budi Pemimpin Pelajar bersama Ahli Lembaga Koperasi. Majlis yang diurus oleh para pelajar dan diketuai oleh Cikgu Eniza, guru pengawas 2012 itu berakhir dengan penuh tanda kenangan. Majlis bermula jam 7.00 malam dan berakhir jam 10 malam itu, adalah bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Pemimpin Pelajar dan Semua Ahli Lembaga Koperasi yang telah banyak berjasa kepada sekolah. Semoga mereka akan berjaya mengharungi kehidupan masing-masing selepas ini.
Kita saksikan kemeriahan mahlis tersebut dengan gambar-gambar berikut:
Terima kasih Cikgu..