Kunjungan Ceramah dari Dr Pakar Hospital Umum Miri
Dr Ahmad Fauzey dan Dr Siti |
Pada 31 Oktober lalu SMK Baru Miri telah menerima kunjungan ceramah daripada Dr Ahmad Fauzey Kassim dan Dr Siti Nur Fudhana, Pakar Ortopedik Hospital Umum Miri untuk memberi ceramah tentang "Spinal Problems and Scoliosis Related Health Awareness Campaign" dengan kerjasama dari Gereja Grace Methodist Miri. Ceramah yang dijadualkan setengah jam itu berlangsung dengan lancar dan mendapat banyak pertanyaan daripada pelajar. Pertanyaan dan rasa ingin tahu dikalangan pelajar mendapat pujian daripada 2 orang pakar perubatan tersebut. Pelajar yang dijemput hadir ialah semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 4.
Pelajar yang hadir tingkatan 1,2 dan 4 |
Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah kepada Dr Ahamd Fauzey, Dr Siti dan Pihak Gereja dan sebaliknya.. |
Terima kasih kepada Dr Ahmad Fauzey dan Dr Siti Fudhana, terima kasih juga kepada pengurusan Gereja Grace Methodis Miri dan Cg Chen yang bertungkus lumus menjayakan ceramah yang sangat bermakna kepada pelajar ini. Semoga ada lagi ceramah-ceramah yang sebegini nanti untuk membuka minda pelajar.
Terima kasih Cikgu..