LDP : e-RSM (Rekod Sahsiah Murid)
SMK Baru Miri, Jumaat, 21 Julai 2012.. Satu sesi Latihan Dalam Perkhidmatan telah di adakan di Bilik Mesyuarat SMK Baru Miri di bawah tajuk Rekod Sahsiah Murid atau singkatannya e-RSM. Ceramah di sampaikan oleh Cikgu Aseng Kuman, pengetua SMK Three Rivers, Mukah yang merupakan orang yang bertanggungjawab membangunkan perisian ini. Objektif sebenar ceramah ini adalah untuk meningkatkan kesedaran para guru tentang pelbagai masalah murid dan pengurusan disiplin yang mantap.
Cg Aseng Kuman sedang menyampaikan ideanya yang bernas.. |
Ceramah tamat pada jam 5.00 petang."Guru adalah Ibu bapa murid di sekolah.. " |
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP atau LADAP) itu bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Diharap dengan perkongsian ini para guru dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan murid seterusnya mencapai matlamat P & P yang berkesan.
LDP tidak tamat di dalam bilik mesyuarat, bersambung di bilik pengetua hingga 6.30 ptg |
Terima kasih kepada PK Hem, Cg Dayang Laila S/U LDP Law Siew Kie, Kaunselor Cg Nurfarhah,Cg Ibrahim dan Cg Mustaqim. Terima kasih kepada semua guru yang meluangkan masa bersama dalam LDP ini.
Terima kasih Cikgu.