Our social:

Sabtu, Julai 21, 2012

Katakan Tidak Pada Zina

Hari ini Sabtu, 21 Julai 2012 merupakan hari persekolahan ganti yang ke 2 bagi SMK Baru, Miri. Semua pelajar datang seperti biasa ke Sekolah mengikut jadual waktu hari Selasa. Hari ini juga merupakan hari pertama semua umat Islam menunaikan Ibadah Puasa. Bertepatan dengan bulan mulia ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Hem telah merancang satu program ceramah kepada semua pelajar sama ada pelajar Islam dan bukan Islam dengan tajuk "Katakan tidak pada zina".

Ustaz Nik Mohd Shazmizi sedang menyampaikan ceramah

Ceramah kepada pelajar Islam disampaikan oleh Ustaz Nik Mohd Shazmizi Hj Nik Sin dari Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang manakala cermah bagi pelajar bukan Islam disampaikan oleh Pastor Tujok Laing. Kedua-dua majlis ceramah tersebut berjalan serentak tepat pada jam 8.00 pagi dan tamat jam 11.00 pagi.

Pastor Tujok Laing sedang menyampaikan ceramah
Objektif utama ceramah ini ialah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang buruknya bercinta dan melakukan perkara terlarang sebelum berkahwin. Seterusnya apakah kesan-kesan yang mereka akan tanggung sama ada dari psikologi dan fizikal. Semua pelajar memberi tumpuan yang sangat mendalam kepada ceramah. Semoga mereka mendapat manfaat dan berusaha berubah serta menumpukan kepada pelajaran masing-masing dari membuat perkara yang tidak berfaedah..

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Terima kasih kepada Unit Hem dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Terima kasih Cikgu..