Our social:

Ahad, Mei 27, 2012

Selamat Bercuti, Selamat Datang dan Selamat Ari Gawai

Raut wajah guru-guru yang sentiasa ceria
Selamat bercuti kepada semua warga SMK Baru Miri, Selamat tiba ke destinasi masing-masing. Bergembiralah bersama keluarga. Aturkan aktiviti yang mengembirakan sepanjang cuti ini supaya mendatangkan kenangan yang abadi. Bertanya khabar dengan rakan taulan, lebih-lebih lagi rakan-rakan guru di mana sahaja berada dan pengalaman tersebut dapat kita praktikkan di SMK Baru,Miri.

Jaga keselamatan dan kesihatan sepanjang cuti ini. Pulanglah ke Sekolah dengan gembira dan dalam keadaan sihat walafiat. Saya doakan supaya kita sentiasa selamat dan sentiasa di lindungi Allah SWT.

Kepada para pelajar, tanggungjawab anda belum selesai. Gunakan masa cuti ini dengan sebaiknya, PMR, SPM DAN STPM SEDIA MENANTI. Pada masa cuti inilah masa yang terbaik untuk mengulangkaji pelajaran yang tertinggal. Terima kasih kepada guru-guru yang menggunakan masa cuti ini bersama-sama dengan pelajar di sekolah untuk kelas tambahan dan ulangkaji. Semoga usaha Cikgu akan berjaya dan menambahkan jumlah pelajar yang cemerlang.

Kepada rakan-rakan guru yang akan mengambut Ari Gawai, Selkamat Hari Gawai. Bersederhanalah dalam semua keadaan. Jadikan Ari Gawai kali ini adalah yang terbaik yang pernah anda alami. 

Cg Adib melapor diri, sedang menandatangani buku pelawat
Kepada 3 orang guru baru Cg Wan Azizi Bin Wan Razali ( Kelantan ), Cg Nurulamira Bt Mansyurdin ( Perak ) dan Cg Mohd Adib Bin Junaidi ( Sarawak )  yang baru mendaftar menjadi Warga SMK Baru Miri pada 23 Mei 2012 lalu, Selamat Datang, semoga kita sama-sama merealisasikan Visi dan Misi SMK Baru untuk menjadikan SMK Baru Sentiasa Cemerlang dan di kenali..

Terima kasih Cikgu..

Pengetua..