Our social:

Latest Post

Jumaat, Mei 01, 2015

Johan Pertandingan Rekacipta !

Tahniah kepada Cg Wan Azizi dan para pelajar yang telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Rekacipta sempena Mini Karnival Usahawan Mikro Kebajikan Zon Utara Limbang, Miri dan Bintulu pada 25 dan 26 April 2015 di Permy Mall Miri..



Cg Wan para pelajar SMK Baru Miri mempertaruhkan tanaman pokok di dalam bekas minyak masak dan memenangi hadiah pertama bersaing dengan 13 buah sekolah yang menyertainya..





SMK Baru Miri Sentiasa Cemerlang..

Lawatan Penanda Aras

Pada 16 Mac 2015 lalu satu Lawatan Penanda Aras telah di adakan di 2 buah sekolah terbaik di Sabah iaitu Maktab Sabah dan SMK Tambunan Sabah.
Lawatan Penanda Aras yang diusahakan oleh PK1 SMK Baru Miri telah menarik minat Penolong2 kanan sekolah-sekolah di Miri untuk turut serta. Antara yang mereka bersama-sama dengan guru2 SMK Baru Miri ialah Penong Kanan 1 SMK Suai, Penolong Kanan SMK Lopeng Tengah, Penolong Kanan SMK Subis, Guru kanan SMK Agama Miri dan beberapa orang PK Hem dari sekolah2 berdekatan serta seorang pensyarah dari IPG Miri..

Tak lekang dengan senyuman !

Tujuan sebenar lawatan ialah untuk melihat tentang kejayaan sekolah tersebut menubuhkan Bilik Sumber yang hebat dan sekarang mereka telah melangkah selangkah lagi ke ABM secara digital..






Terima kasih kepada pengetua Maktab Sabah Puan Hajjah Nuinda Bt Hj Alias, Pengetua Cemerlang yang sudi menerima kunjungan dan menunggu rombongan sejak dr awal pagi. Begitu juga dengan pengetua SMK Tambunan En Ting Sien Kuan yang sanggup menunggu hingga akhir petang melayani rombongan.. Terima kasih juga kepada semua guru2 kedua-dua sekolah yang turut melayani rombongan..


Jasa dan perkongsian mereka sangat menarik. Sesungguhnya mereka cukup iklas melayani pertanyaan dan menunjukkan beberapa kejayaan yang mereka perolehi. Ilmu yang ahli rombongan dapat amat bernilai.
Turut sama dalam rombongan tersebut ialah Pengetua SMK Baru Miri..

Sabtu, April 18, 2015

Wira-Wira Sekolah Tunjuk Taring !

Tahniah kepada semua pelajar SMK Baru Miri yang telah memenangi beberapa acara dalam Program Hari Sarawak Cergas Peringkat Bahagian Miri pada 12 April 2015 yang di adakan di perkarangan Dewan Suarah Miri.

Tahniah 







Hero Sekolah !



Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Rosey Bt Hj yunus, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Sarawak.


Terima kasih kepada Cg Asmadi dan Cg Sulaiman yang mengiringi pelajar dalam program tersebut..

SMK Baru Sandang Gelaran Juara !

Tahniah dan syabas kepada Team Smk Baru Miri dibawah selian Cg Umi Nadirah kerana telah menyandang gelaran Juara Cabaran Interaktif Pengguna 2015 dan berjaya mewakili  Miri ke peringkat negeri di Kuching.

Antara mereka yang terlibat ialah:
1) Muhammad Alif Ismadi 
2)Muhammad Razif b. Samion
3)Nurul Siti Aishah bt Nazri
4)Nurul Natasha bt Abdullah
Cabaran tersebut telah berlangsung pada 6 April 2015.. Tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya Cg Umi Nadhirah..

Laura Genggam Kejayaan Tokoh Nilam !

Tahniah kepada Laura Lunna Anak Ranggau kerana telah mendapat Johan Peringkat Bahagian dan Naib Johan dalam pemilihan Tokoh Nilam tahun 2015 oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak pada 23 hingga 25 Mac 2015 lalu..


Tahniah juga kepada guru pengiring Cg Chia Sing Hei...

Naib Johan dalam Pertandingan Hafazan !

Pada 4 April yang lalu, wakil tunggal SMK Baru Miri , Hamra Binti Mohd Ismail telah berjaya mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Hafazan di dalam Majlis Tadarus Al~Quran (MTQ) Peringkat Sekolah-sekolah Bahagian Miri yang diadakan di Kolej Tun Datu Tunku Haji Bujang Miri..

Tahniah Hamra !

Bersama Adik dan Ayah !
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat..