Mesyuarat Perayaan Hari Guru peringkat Daerah Miri
Mesyuarat Perayaan Hari Guru peringkat Daerah Miri telah diadakan di SK South Miri pada jam 2.30 petang 15 Mei 2014. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan PPD En Alias Bin Ngah itu telah menetapkan perayaan hari guru peringkat PPD Miri ialah pada 17 hingga 19 Jun 2014.
Pelbagai aktiviti telah dirancang termasuklah Majlis kemuncak iaitu Majlis Makan Malam hari guru pada 19 Jun 2014. Antara aktiviti yang dirancang ialah Majlis tahlil, sukan Squash, perkongsian amalan terbaik dan ceramah keagamaan bagi agama Islam, Buddha dan Kristian.
Selamat hari guru.. "Guru.. Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi"