Sukantara Meriah berlangsung !
Pada 15 dan 16 April yang lalu , telah berlangsungnya aktiviti yang diberi nama "Sukantara" dimana boleh dilabelkan sebagai Hari Pra-Sukan pada tahun ini. Aktiviti diadakan bagi menaikkan lagi semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.Ternyata aktiviti ini sememangnya mencapai matlamatnya tersendiri . Ini juga membuktikan bahawa pihak sekolah sememang sedang mengusahakan pelbagai langkah untuk mentransformasikan bidang sukan dalam sekolah . Aktiviti yang diadakan selama dua hari ini juga selaras dengan momentum kerajaan dalam meningkatkan mutu sukan di peringkat akar umbi.