Hari bertemu pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Hari bertemu pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah di adakan di Bandaraya Miri, bertempat di Bintang Mega Mall. Hari bertemu pelanggan tersebut telah diadakan selama 2 hari dari 14 hingga 15 Februari 2014. Hampir keseluruhan bahagian di bawah KPM telah mengambil bahagian untuk mendekati orang ramai yang merupakan pelanggan terbesar kepada kementerian.Hari bertemu pelanggan kali ini telah di rasmikan oleh Yang Berhormat P. Kamalanathan A/L P Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan II pada jam 2 petang 15 Februari 2014.
Selain pameran dan penerangan pelbagai aktiviti lain turut dirancang bagi memeriahkan lagi Hari bertemu Pelanggan tersebut antaranya pertandingan karaoke, pertandingan melukis dan tarian dari sekolah berdekatan.
Turut hadir semasa majlis perasmian ialah Timbalan pengarah Pendidikan Negeri Sarawak..
Note: Cg Nurulamira mendapat tempat ke 3 pertandingan karaoke.
Cg Nazirol di beri kepercayaan sebagai hakim pertandingan melukis kanak-kanak
Cg Waylin menyumbang tenaga sebagi ahli muzik
dan En. Salim turut memeriahkan pertandingan karaoke..
Sekian Terima Kasih
#SMK BARU MIRI SENTIASA CEMERLANG !