Program
solat hajat bagi pelajar tingkatan 3 yang akan menduduk PMR pada 2
Oktober 2013 ini telah diadakan pada Jumaat 20 September 2013 di Masjid
Kampung Pujut Tanjung Batu. Program yang diadakan pada Waktu Maghrib dan
berakhir selepas Isyak itu dihadiri oleh ibu bapa dan para pelajar
lebih dari 200 orang.
Program solat hajat ini adalah pertama
kali dibuat di luar kawasan sekolah. Solat Maghrib dan solat Isyak
diimamkan oleh Cg Ibrahim. Manakala solat hajat diimamkan oleh ustaz
Mohd Sukri sebaik selesai solat Isyak.
Masjid tersebut dipilih
memandangkan ramai pelajar SMK Baru Miri datangnya dr kampung tersebut.
Ini memudahkan semua ibu bapa hadir dan sama2 memohon untuk
kecemerlangan anak masing2.
Program solat hajat juga diisi dengan bacaan yassin dan tahlil antara Maghrib dan Isyak selain ucapan ringkas dari pengetua.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tetamu yang hadir dan
AJK Masjid Kampung Pujut Tanjung Batu atas kesudian menerima warga SMK
Baru Miri.
Semoga Allah SWT makbulkan permintaan kita dan membuka hati para pelajar dan mereka akan menjadi anak2 yang cemerlang..
SMK Baru Miri - Blogger Team. Dikuasakan oleh Blogger.
Motto
Ke Arah Kecemerlangan
Misi
Mewujudkan Pengajaran dan pembelajaran Berkualiti Bagi Melahirkan Pelajar Cemerlang dalam Pelbagai Aspek Ke Arah Sekolah Gemilang.
Visi
SMK Baru Miri Sentiasa Cemerlang.
Fly Sarawak Fly High !
Tahukah Anda ?
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Baru memiliki 396 pelajar lelaki dan 448 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 844 orang. Ia mempunyai seramai 83 orang guru.
Hubungi Kami
SMK Baru Miri (YEA4102) Jalan Cahaya, Lopeng 98000 Miri, Sarawak. Tel: 085-431707 Faks: 085-428057