Our social:

Rabu, Julai 10, 2013

Persembahan Gamelan : Jemputan Dari Petronas Untuk Majlis Makan malam..



Pasukan Gamelan SMK Baru Miri ataupun nama kumpulan GameLions telah dijemput oleh pihak Petronas untuk membuat sebuah persembahan sempena dengan Majlis Makan Malam Apresiasi Staff yang telah diadakan pada 19 Jun 2013 di Eastwood Valley Country & Golf Club pada 7.00 sehingga 10.30 malam. Seramai 11 orang pelajar telah mewakili sekolah dalam membuat persembahan gamelan ini.

Pasukan Gamelan telah mempersembahkan beberapa lagu tradisional bagi ensembel gamelan seperti Timang Burung, Togok, Lambang Sari dan sebagainya. Selain itu, pasukan Gamelan turut mempersembahkan beberapa lagu moden seperti Lenggang Kangkung, Madu dan Racun dan The Moon Represents My Love.

Gambar 1 : Alat-alat dalam ensembel gamelan

Gambar pelajar bersama Guru (Cikgu Steffanie Seema) selaku guru pengiring dan jurulatih Pasukan Gamelan


Pelajar bermain ensembel gamelan sebelum majlis bermula dan menyambut kedatangan jemputan yang menyertai majlis tersebut

Gambar ahli pasukan gamelan yang terdiri daripada gabungan pelajar Tingkatan 3 dan 4


Berikut adalah senarai pemain :

Bonang                 : Nur Syafizah (2A), Georgina (4 Sains 1) & Nur Syufiana (4 Sains 1)
Saron Peking        : Camellyia (4 Sains 1)
Saron Demung     : Marlvin (4 Sains 2)
Saron Barung       : Nursyamimi (4 Sains 2) & Azreen (3B)
Gambang             : Nathan (4 Sains 2)
Gendang              : Qhairinfikrin (4 Sains 2)
Gong                    : Aida (4B)
Kenong                : Jafni Jukernain (4B)



Laporan disediakan oleh,


(CIKGU STEFFANIE SEEMA ANAK RAPOK)
 

Terima kasih Cikgu..