SMK Baru Bersama Komuniti
Bermula bulan Januari 2013 pelbagai agensi sama ada dari pihak bank atau dari pihak-pihak tertentu memohon untuk mengadakan pelbagai promosi barang dan perkhidmatan. Namun, kedatangan mereka sedikit sebanyak mengganggu tugas guru dan kakitangan sekolah.
Sebagai langkah untuk menjaga perhubungan baik pihak SMK Baru Miri telah menyediakan satu tempat untuk agensi tersebut menjalankan kegiatan mereka disamping tidak membenarkan mereka menjalankan sebarang promosi di bilik guru. Dengan ini, tugas guru tidak terganggu dan rata-rata wakil agensi tesebut menyambut baik cara ini. Terima kasih kepada mereka kerana memahami tugas guru.. semoga hubungan baik dengan mereka berterusan.
Seorang ibu yang hadir ke sekolah tertarik dengan promosi yang diadakan. |
Cg Ibrahim sedang mendengar penerangan dari sebuah Syarikat.. |
Terima kasih Cikgu...