Minggu Peperiksaan..
Minggu peperiksaan bemula lagi. Kali ini para pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 akan menduduki peperiksaan penggal 1 yang akan bermula pada 13 Mei hingga 23 Mei 2013, manakala para pelajar tingkatan tiga akan menduduki Peperiksaan Percubaan Pertama pada tarikh yang sama. Sementara itu para pelajar tingkatan 5 akan menduduki Peperiksaan Percubaan Pertama pada minggu ini namun kelas 5 Sains menduduki peperiksaan lebih awal iaitu mulai 9 Mei lalu kerana bilangan subjek yang banyak dan memerlukan masa yang lebih panjang. Peperiksaan Percubaan satu tingkatan 5 akan berakhir pada 23 Mei 2013.
Sepanjang minggu peperiksaan ini juga, Kegiatan Ko-Kurikulum dan Nilam dibatalkan. Surat makluman kepada ibu bapa sudah diedarkan.
Tidak membuang masa.. |
Budaya sihat yang ditunjukkan oleh para pelajar ini perlu dijadikan contoh kepada semua pelajar SMK Baru Miri |
Semua pelajar yang menduduki peperiksaan perlu akur dengan tatatertib menduduki pepreriksaan. Ikut arahan guru, jangan tidur. Semak jawapan setelah selesai menjawab.
Semoga semua pelajar SMK Baru Miri lulus dengan Cemerlang..
Terima kasih Cikgu