Majlis Sambutan Hari Guru SMK Baru Miri 2013
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee) Sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak. Sejak itu ia telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Hari Guru SMK Baru Miri disambut pada hari Jumaat 17 Mei 2013. Antara objektif sambutan Hari Guru ialah :
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam Masyarakat Malaysia.
- Memupuk semangat perpaduan iktisas dan muhibbah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
|
Kek Hari Guru sumbangan MBSB |
|
Kek Hadiah dari Para Pelajar dan Pemimpin Pelajar |
|
Jamuan Hari Guru di Kantin sekolah |
Terima kasih Cikgu..