KEM IBADAH PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM 2013
Persatuan Pendidikan Islam telah
menganjurkan satu kem ibadah pada 10-12 Mei 2013 bertempat di SMK Baru Miri.
Kem ini disertai oleh 41 orang pelajar iaitu 23 pelajar lelaki dan 18 orang
pelajar perempuan. Pengisian kem ini telah dimantapkan dengan program kuliah
Maghrib iaitu dihadiri penceramah jemputan dari SK Lutong, Ustaz Mohd Nazimi.
Terdapat juga program Qiamullail dan kuliah Subuh dan penceramah jemputan ialah
Ustaz Arisan bin Abdul Rahman dari SK Tudan. Kem ini juga diserikan lagi dengan
satu slot pengurusan jenazah dan penceramah jemputan ialah seorang pegawai dari
Jabatan Agama Islam Sarawak iaitu Ustaz Hj Jol bin Ahmad. Peserta kem sangat
teruja dengan program-program lain yang dianjurkan oleh urusetia antaranya
ialah ’ice breaking’, ’treasure hunt’, rentas halangan dan senamrobik.
Laporan oleh Ustaz Ahmad Fauzi
Terima kasih Ustaz..