BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN SURAU BUMIKO
Pada 14 April 2013, jawatankuasa surau
Bumiko telah menganjurkan satu bengkel pengurusan jenazah. Bengkel ini
bertujuan untuk memberi kesedaran dan penghayatan berkaitan alam barzakh dan
juga memberi pengetahuan kepada peserta dalam menguruskan jenazah dengan betul
bermula selepas kematian, memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan
mengebumikan. Panitia Pendidikan Islam SMK Baru telah membawa peserta seramai
20 orang pelajar tingkatan tiga dan empat orang guru iaitu Ustaz Ahmad Fauzi,
Ustaz Sukri, Cikgu Fatihi dan Cikgu Nasir. Bengkel ini bermula jan 8.00 pagi
dan berakhir jam 1.00 petang.
Jom saksikan aktiviti tersebut..
Laporan oleh Ustaz Ahmad Fauzi..
Terima kasih Ustaz