Majlis Perpisahan Kepada Cg Hamidon Oleh AKS
Majlis perpisahan Cikgu Hamidon dan AKS telah diadakan di Taman Selera Tanjong Lobang pada hari Rabu 16 Januari 2013 tepat jam 8.00 malam. Dalam ucapan perpisahan Cikgu Hamidon berharap, kemesraan dan keakraban beliau bersama dengan semua anggota kakitangan sokongan sekolah biarlah berterusan walaupun beliau sudah berpindah.
|
Pn Biviana KPT SMK Baru Miri sebagai pengerusi majlis |
|
Ucapan perpisahan dari Cg Hamidon |
|
Pengetua turut hadir dalam majlis tersebut |
|
Cenderahati dari Pejabat Am |
|
Bergambar kenangan.. |
Katanya, kearaban yang terjalin ini adalah kerana beliau dengan AKS saling memahami antara satu sama lain. Seterusnya, kemesraan ini membuatkan semua urusan beliau dengan pejabat Am lancar. Mengakhiri ucapannya, beliau sekali lagi menekankan AKS dan guru-guru perlu ada jalinan komunikasi yang baik. Kecemerlangan sekolah, bukan sahaja kecemerlangan guru-guru tetapi seluruh warga SMK Baru Miri.
Terima kasih Cikgu..