Majlis Jasamu di Kenang anjuran Koperasi SMK Baru Miri Berhad
Pada 4 Januari 2013 lalu AJK Koperasi telah menganjurkan satu majlis Jasamu Di Kenang kepada 2 mantan Ahli koperasi yang telah banyak memberi sumbangan kepada Koperasi SMK Baru Miri Berhad. Mereka ialah Cg Hamidon Abd Ghani dan Cg Mohd Fazli Md Salleh. Majlis yang diadakan secara sederhana itu diadakan di Hotel Mega Miri tepat jam 7.30 malam.
Semasa bersama Koperasi SMK Baru Miri, Cg Hamidon dan Cg Mohd Fazli telah memberi komitment yang tinggi terhadap kemajuan koperasi. Sekarang sampailah masanya mereka terpaksa berpisah. Cg Hamidon akan berpindah Ke Johor, manakala Cg Mohd Fazli akan memberi tumpuan kepada kemajuan PIBG.
Kepada Cg Hamidon selamat bertugas di tempat baru. Jasamu dikenang. Begitu juga dengan Cg Mohd Fazli.
Terima kasih kepada semua yang hadir. Selamat datang juga kepada Cg Noraini Maairat yang sudi bersama-sama untuk membangunkan koperasi mulai tahun 2013 ini.
Terima kasih Cikgu