Our social:

Isnin, Februari 11, 2013

Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2013

Orientasi pelajar tingkatan satu SMK Baru Miri telah diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula pada hari selasa 2 Januari dan berakhir pada hari jumaat 4 Januari 2013 lalu. Matlamat utama orientasi tersebut ialah untuk membiasakan para pelajar baru dengan alam sekolah menengah disamping untuk membiasakan mereka dengan rakan-rakan baru dari pelbagai sekolah rendah yang menjadi sekolah "fider" kepada SMK Baru Miri. 




Dalam program orientasi tersebut para pelajar tingkatan 1 diperkenalkan dengan guru-guru yang akan mengajar mereka, didedahkan dengan Visi dan Misi sekolah dan peraturan  disiplin yang sedang berkuatkuasa. Para pelajar juga diperdengar dan sama-sama menyanyi lagu sekolah yang menunjukkan kecintaan kepada sekolah.



Orientasi tingkatan satu dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan penutupannya disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran

Orientasi pelajar tingkatan 1 tersebut diurus sepenuhnya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling,yang diterajui oleh 2 orang kaunselor sepenuh masa iaitu Cikgu Ibrahim Hermanto Jepon dan Cg Norfarhah Bt Abu Bakar.

Terima kasih Cikgu