My Beautiful Malaysia IM4U
SMK Baru Miri, 3 Februari 2013 - Program gotong royong perdana 1 Malaysia ( My Beautiful Day) peringkat Daerah Miri telah diadakan di Padang Majlis Bandaraya Miri tepat jam 7.30 pagi. Program ini merupakan anjuran I Malaysia For Youth (IM4U) bagi belia Malaysia untuk menjalankan aktiviti sukarelawan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam keperluan dan dalam kelompok sosial di mana berlangsung secara serentak di 100 lokasi seluruh negara. Majlis tersebut dirasmikan oleh Datuk Sri Peter Chin Fah Kui.
Majlis pelancaran di K.L |
Lintas Langsung Dari Kuching Sarawak |
PM sedang berucap |
Seramai 300 pelajar dan 30 orang guru SMK Baru Miri juga turut sama menyertai program tersebut yang berakhir pada jam 9.30 pagi dan seterusnya bergotong royong di sekolah. Dalamn majlis yang sama di Kuala Lumpur Datuk Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia juga berharap, program seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa kerana ia memberi impak yang baik kepada belia.Katanya lagi daripada belia melepak tidak tentu tujuan lebih baik mewujudkan akrtiviti yang sihat dan manfaat untuk semua.
Terima kasih Cikgu..