Happy Chinese New Year 2013
Mulai 9 Februari 2013 ini SMK Baru Miri akan ditutup selama seminggu sehingga dibuka semula pada hari Isnin 18 Februari untuk memberi peluang kepada semua rakan-rakan guru dan para pelajar yang berbangsa Cina menyambut Tahun Baru. SMK Baru Miri mengambil Cuti Peristiwa pada 13 Februari 2013, Manakala 14 Februari dan 15 Februari 2013 Cuti berganti pada Hari Sabtu 9 March dan 27 April 2013.
Guru-guru lain dan para pelajar yang bukan berbangsa Cina, juga akan turut bercuti panjang.Oleh itu seperti biasa, pada musim perayaan begini sama-samalah kita jaga keselamatan walau di mana sahaja berada. Bertimbangrasalah di jalan raya semasa dalam perjalanan balik ke kampung, kunjung mengunjung dan sebagainya.Begitu juga dengan kesihatan. Bersederhanalah semasa makan dan minum. Jangan keterlaluan sehingga jatuh sakit.
Selamat Tahun Baru Cina, Kong Xi Fa Chai..
Terima kasih Cikgu.