Our social:

Selasa, Februari 05, 2013

Bantuan Awal Persekolahan RM100 2013

Pada 28 Januari 2013 lalu, satu majlis penyerahan bantuan awal persekolahan RM100/= telah berlangsung di Dewan Harmoni SMK Baru Miri jam 9.30 pagi. Sejak awal pagi, ibu bapa menunggu dengan sabar sehingga kedatangan Datuk Sabastian Ting, Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Ucapan dari YDP PIBG dan Tetamu kehormat

Bantuan diagihkan kepada ibu bapa
Menanti dnegan sabar
Semua dokumen yang dibawa di semak sebelum wang diserahkan
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YDP PIBG SMK Baru Miri En. Anuar Bin Haji Ahmad. Kemudian disusuli dengan ucapan oleh tetamu kehormat Datuk Sabastian Ting. Semua wang bantuan sebanyak RM68,800 itu telah diagihkan sehingga jam 12.00 tengahari. Manakala selebihnya RM5,700 akan diagihkan dalam masa terdekat ini kerana ada penambahan pelajar.

Keratan Akhbar
The Borneo Post Tuesday, January 29, 2013
Semoga dengan bantuan dari kerajaan ini, akan meringankan sedikit beban kewangan kepada ibu bapa dan para pelajar dapat belajar dalam keaadaan yang selesa.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Cik Ummi Salawati Ali wakil PPD Miri.

Terima kasih Cikgu..