Our social:

Khamis, Oktober 11, 2012

Selamat Menduduki PMR 2012

Peperiksaan PMR telahpun bermula semalam. Hari ini 11 Oktober 2012 kelihatan semua calon peperiksaan PMR SMK Baru Miri kelihatan sangat ceria. 131 Calon yang berdaftar semua hadir. Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah kepimpinan Cg Ibrahim dan Cg Norfarhah telah bertindak seperti yang dirancang.

Ramai ibu bapa yang datang memberi perangsang kepada para pelajar, Pengetua bersalaman dengan calon PMR selepas memberi Ucapan Pembakar Semangat..
Bahan pengajaran disediakan oleh guru, ditayangkan di skrin supaya para pelajar dapat mengingati semula apa yang mereka sudah belajar
Kata-kata semangat dari Unit Bimbingan dan Kaunseling
Pada hari pertama, ramai ibu bapa yang datang menghantar anak-anak dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka. Sebelum para pelajar menuju ke dewan peperiksaan, doa dibaca di pimpin oleh Ustaz Shukri. Manakala para pelajar yang bukan Islam bertafakur, dan berdoa dengan cara masing-masing. Dalam pada itu kelihatan para guru juga bersalaman dan menghantar semua pelajar hingga ke dewan peperiksaan. Hari ini hari ke 3, doa dari ustaz juga mengiringi para pelajar ke dewan peperiksaan.

Doa dari ustaz, Bertawakkal selepas sama-sama berusaha untuk kejayaan..
Semoga mereka kental, tabah dan terbuka hati, menjawab peperiksaan dengan tenang. Semua Ibu bapa mengharapkan semua anak-anak mereka cemerlang manakala kecemerlangan itu adalah kecemerlangan sekolah.

Selamat Menduduki PMR..

Terima kasih Cikgu..