Kolokium Tingkatan 6 (Sesi 2011-2012)
Pada Sabtu 22.9.2012 lalu jam 7.00-11.15 pagi telah berlangsung satu kolokium pelajar-pelajar tingkatan 6 atas di Dewan Kuliah SMK Baru Miri. Kolokium ini merupakan kolokium terakhir bagi pelajar tingkatan 6 kerana bermula sessi baru, pelajar tingkatan 6 rendah telah diperkenalkan dengan sistem baru iaitu sistem Modular. Pengarah projek kolokium ini ialah Cg was @ Edward Laing Epoi.
Cg Fatihi mempengerusikan majlis. Keliahat semua pelajar sedang bersedia dengan pembentangan masing-masing. |
Ucapan aluan oleh PK Tingkatan 6 disusuli ucapan perasmian oleh Pengetua En. Mohamad Shariff Bin Mat Saad |
Dalam ucapan aluan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6, Cg Elisabeth Tak berkata, Kolokium ini sangat baik bagi menyediakan pelajar berani tampil hadapan membentangkan hasil kajian mereka. Disamping itu, pelajar dapat bersoal jawab dan mempertahankan pendapat mereka dan semua yang hadir dapat menambah pengetahuan. Semua ini mengajar mereka erti kematangan.
Pembentangan oleh pelajar. Rakan-rakan lain memberi penuh perhatian.. |
Sebelum itu Kolokium tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Mohamad Shariff Bin Mat Saad. Pengetua juga berharap kolokium tersebut mencapai matlamatnya seperti yang dirancang. Pengetua mengucapkan tahniah kepada semua guru tingkatan 6 dan kepada semua pelajar kerana telah menjayakan kolokium dan berharap ini adalah permulaan kepada semua pelajar dalam menyediakan mereka dengan ilmu untuk membuat kajian. Selepas ini mereka akan menghadapi perkara yang sama dan lebih mencabar di Institusi pengajian tinggi iaitu "Tesis". Disamping itu pengetua juga berharap semua pelajar tingkatan 6 supaya mengamalkan budaya cemerlang.
Antara tajuk yang dipersembahkan ialah :
- A survey on obesity among students in SMK Baru Miri Oleh Chan le Le Alicia Ngu Ning Ning di selia oleh Cg Tracy Mensan.
- Kajian stres dalam kalangan pelajar tingkatan 6 atas tahun 2011 di SMK Baru Miri dan kesannya terhadap pembelajaran. Oleh Annie Babu, Nuur Atiqah dan Jalina di bawah seliaan Cg Dayang Aziah.
- Sikap pelajar tingkatan 6 terhadap pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh Mohd Razid, Maria, Sofayati, Nur Ethika dan Muhd Basyir oleh Cg Mohd Fazli.
- Difficulties in speaking english among lower 6 students at SMK baru Miri Oleh Dylan, Abdulrahman, Muhd Ayub, Eric Bema dan Elexandergoh oleh Cg Malyani.
- Hubungan di antara kemahiran pemfaktoran dan sifir pelajar oleh Francis, Tang Siok Sen, Kelvin Kee, Chai Yin Lin oleh Cg Sia Fei Fun.
- Sikap pelajar Tingkatan 6 terhadap R & D Oleh Joanne Tiong Kwong Ki, Pamela Sarah Voon oleh Cg Naomi.
- Factors Affecting The Trajectory of waterRocket oleh Douglas Wong dan Mohd Osman di bawah seliaan Cg Charmaine.
"KNOWLEDGE IS POWER"
PELAJAR-PELAJAR SMK BARU MIRI SENTIASA CEMERLANG
Terima kasih Cikgu..