Our social:

Rabu, Ogos 15, 2012

Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..

Kepada semua warga sekolah yang di kasihi..


Seperti yang kita ketahui bahawa sekolah akan ditutup mulai 17 Ogos 2010 hingga 26 Ogos 2012 kerana Cuti Pertengahan Penggal ke 2. Disamping itu semua guru, kakitangan dan pelajar Islam akan menyambut Aidilfitri, tanda kemenangan mereka menjalankan Ibadah puasa. 

Semoga kita terus gembira, berhari raya dengan sanak saudara, Selamat pulang ke kampung masing-masing sama ada jauh dan dekat 
Jaga kesihatan dan keselamatan. Berhati-hati di jalan raya, Bersabar dan bertimbangrasa
Saya berharap dan berdoa sepanjang cuti ini semua warga SMK Baru Miri akan sentiasa dalam peliharaan Allah SWT dengan diberi kesihatan yang baik dari apa yang mereka makan, terjamin keselamatan sama ada perjalanan pulang, semasa ziarah menziarahi saudara mara, rakan taulan dan sahabat handai dan selamat pulang ke sekolah pada 27 Ogos 2012 dalam keadaan sihat walafiat seperti mana sekarang. Rakan-rakan yang bukan beragama islam, berkunjunglah ke rumah rakan-rakan yang menyambut hari raya, semoga kemesraan antara sama lain berkekalan..

Kegembiraan dan semangat menyambut lebaran. Pejabat di hias cantik. Terima kasih..
Anak yatim dan pelajar miskin tidak dilupakan. Terima kasih Panitia Pendidikan Islam atas sumbangan yang diberikan.
Kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM jangan terlalu bergembira sehingga lupa akan tanggungjawab masing-masing. Peperiksaan awam semakin dekat. Jangan lupa membaca buku, bereskan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru dan yang penting ialah kesedaran diri sendiri untuk mencapai target dan berjaya. 

Selamat Hari Raya dari saya sekeluarga, 
Maaf Zahir dan Batin.

Pengetua, 
SMK Baru Miri.