PERTANDINGAN KUIZ TATABAHASA - ANJURAN EMART MIRI SARAWAK 2012
Pada 21 Julai 2012 yang lalu buat julung kalinya para pelajar SMK Baru Miri terdiri dari Adik Grunsin ak Rajin, Salman Farsi bin Mohd Ismail dan Danial Ashraf Bin Shamsuri telah mnyertai Pertandingan Kuiz Tatabahasa dan Pengetahuan Am bertempat di pusat beli belah Emart, Miri Sarawak.
Pertandingan ini telah turut disertai oleh beberapa buah sekolah di Bandaraya Miri. Sekolah-sekolah berkenaan ialah SMK Baru Miri, SMK St. Columba, SMK Dato Permaisuri, SMK Pei Min, SMK Chung Hua, SM Sains dan banyak lagi.
Pasukan yang bertanding terbahagi kepada tiga peringkat saringan. Setiap saringan, pasukan yang berjaya akan memasuki pusingan akhir pada 25 Ogos 2012 nanti.
Pertandingan kuiz dan pengetahuan berjalan dalam suasana yang menyeronokan |
Pemarkahan pertandingan terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu kategori pertama pelajar-pelajar wajib menjawab 15 soalan. Setiap soalan mengandungi 2 markah. Bagi kategori B pula ialah Teka Gambar Rajah. Setiap kumpulan akan menjawab 5 gambarajah yang mencakupi sebanyak 10 markah. Untuk kategori ketiga pula ialah menguji pengetahuan am pelajar yang membawa markah sebanyak 30 markah. Soalan-soalan yang diberikan ialah secara terbuka. Bagi ketegori keempat ialah lakonan.
Pihak penganjur menyampaikan hadiah kepada pasukan SMK Baru Miri yang muncul sebagai juara saringan kedua |
Matlamat utama kuiz ini dianjurkan ialah untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang aspek pengetahuan am dan tatabahasa, selain memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.
Laporan disediakan Oleh :
Cikgu Mohd. Shorkri Bin Abdullah dan Cikgu Mohd. Nasir Bin Sopin
Terima kasih Cikgu