Our social:

Jumaat, Ogos 03, 2012

Minggu Tanpa Skrin

Tahukah anda bila Kempen "Minggu Tanpa Skrin" diadakan? 

Kempen "Minggu Tanpa Skrin" merupakan acara tahunan yang diadakan pada 21 hingga 27 April 2012 semenjak tahun 1995, dengan tujuan untuk menggalakkan para Ibu bapa untuk menutup televisyen dan peralatan berskrin di rumah. Seterusnya mereka akan menggunakan masa yang terluang itu untuk bersama-sama anak-anak mereka.

Di Malaysia, Minggu Tanpa Skrin mula diadakan pada tahun 2012 oleh FOMCA. Sebelum ini FOMCA menganjurkan Minggu Tanpa Televisyen pada tahun 2009 hingga tahun 2011.


Media berskrin telah menghabiskan banyak masa keluarga, yang sepatutnya digunakan untuk melakukan aktiviti secara bersama, Tabiat ini juga merupakan sebab untama berlakunya masalah obesiti dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Tabiat menggunakan media berskrin untuk tujuan rekreasi secara berlebih-lebihan telah menyebabkan wujudnya gaya hidup yang suka bersendirian dan tidak banyak melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, jesteru itu ia tidak baik dari segi mental maupun fizikal.

Minggu Tanpa Skrin bertujuan untuk mewujudkan kesedaran bahawa masa menggunakan media berskrin perlu dihadkan kepada tidak lebih daripada 2 jam sehari. Kanak-kanan dan golongan muda didapati telah  menghabiskan masa antara 4 hingga 6 jam sehari untuk menonton televisyen, bermain permaian video atau menggunakan komputer untuk tujuan rekreasi.

Menutup media berskrin akan memberi peluang kepada kita untuk berfikir, membaca dan membuat perkara yang baru. Ia juga bolehkan kita bermesra dengan keluarga dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti.

Fikirkan apakah aktiviti yang boleh kita lakukan tanpa ada skrin...

Sumber : Majalah Generasi Pengguna

Terima kasih Cikgu..