Our social:

Isnin, Ogos 13, 2012

Majlis Berbuka Puasa SMK Baru Miri 2012

Majlis berbuka Puasa anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Baru Miri telah diadakan pada 3 Ogos 2012 lalu dengan suasana yang meriah. Majlis yang telah dirancang dan di ketuai oleh Ustaz Fauzi tersebut berjaya mengumpulkan seramai kira-kira 300 orang yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar Islam. Dalam pada itu guru-guru bukan Islam juga turut dijemput bersama selain dari itu 2 orang tetamu khas dari PPD Miri iaitu Cg Mariam Monek dan Cg Norilia.

Bergotong royong memasak juadah berbuka puasa
Memasak dalam suasana ceria dan meriah. Makanan menjadi sedap...
Majlis berbuka puasa bermula dengan kehadiran semua guru dan pelajar pada 5.30 petang. Tepat jam 6.00 petang majlis bacaan Yassin dan Tahlil diadakan. Selesai sahaja majlis tersebut, semua guru dan pelajar berbuka puasa bersama dan terus menunaikan Solat Maghrib. Selesai sahaja Solat Maghrib semua tetamu dijemput menjamu selera di Kantin sekolah.

Majlis tahlil di Dewan Sri Harmoni..
Majlis berbuka puasa kali ini sangat menarik kerana pada tahun ini majlis bermula dengan aktiviti gotong royong memasak juadah berbuka puasa, Walaupun semua guru dan pelajar dalam keletihan berpuasa namun semuanya telah memberi komitmen yang sangat tinggi. Sikap bekerjasama dan Ukhuwah antara semua pelajar dan guru sangat terpuji. Selain dari itu ramai juga guru-guru yang turut bersedekah serta menumbangkan makanan, sama ada dari guru-guru Islam maupun guru-guru bukan Islam serta Ibu bapa pelajar.

Solat Maghrib dan suasana berbuka puasa di Kantin SMK Baru
Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam atas kejayaan ini. Terima kasih juga kepada semua guru dan pelajar yang bertungkus lumus menyediakan juadah berbuka puasa ini dan sama-sama memastikan kejayaan majlis.

"Sesungguhnya di Syurga terdapat sebuah pintu yang dinamakan 'ar-Rayyan' yang memasukinya pada hari kiamat adalah orang-orang yang berpuasa, tiada siapa memasukinya selain mereka. Dan apabila mereka sudah memasukinya maka pintu itu pun ditutup" - Riwayat Bukhari dan Muslim


Terima kasih Cikgu..