Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2012
Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2012 peringkat SMK Baru, Miri telah diadakan serentak dengan semua sekolah di seluruh negara seperi yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah diadakan di Padang SMK Baru Miri, pada selasa 10 Julai 2012 dan di rasmikan oleh En. Anuar Bin Hj Ahmad, YDP PIBG SMK Baru Miri. Jumlah penyertaan pada hari tersebut bersama dengan semua guru dianggarkan mencecah 900 orang.
|
Doa dari Ustaz, Ucapan pengetua, perasmian oleh YDP PIBG dan taklimat oleh PKKK |
Senamrobik 1Murid 1Sikan 1Malaysia adalah kesinambungan kepada Dasar 1Murid 1Sukan sebelum ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book Of Record (MBR) sebagai "Largest Simultaneous Participation Of School Students ini An Aerobic Session" yang disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 Juta murud, guru dan warga KPM.
|
Warga SMK Baru Miri semasa program senamrobik |
|
Senamrobik dimulakan |
|
YDP PIBG dengan guru-guru SMK Baru Miri dengan gaya tersendiri |
|
Pengetua bersama sebahagian dari pelajar SMK Baru Miri.. |
|
Tarik tali, sukan lain yang dicadangkan untuk memeriahkan suasana senamrobik |
|
Bersungguh-sungguh untuk berjaya.. |
Matlamat Senamrobik 1Murid 1Sikan 1Malaysia diadakan ialah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat serta membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Melalui senamroik ini setiap pelajar diharap tertarik melakukannya kerana senaman ini diiringi dengan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan disamping membina keyakinan diri pelajar untuk melibatan diri dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan. Selain daripada itu, melalui aktiviti ini dapat melibatkan semua murid serta mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas.
Terima kasih Cikgu...