Pameran AADK - Agensi Antidadah Kebangsaan 2012 di SMK Baru Miri
Para pelajar SMK Baru Miri melawat ke tapak pameran. Sifat ingin tahu mereka di terangkan oleh pegawai yang bertugas. |
Pada 20 Jun 2012 lalu Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Baru Mini di bawah pengurusan dua orang kaunselor sepenuh masa En. Ibrahim dan Pn. Nurfarhah dengan kerjasama Unit HEM dan AADK - Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Miri telah berjaya mengadakan satu Pameran berkenaan dengan dadah dan kesan ke atas individu sama ada kesan fizikal dan tindakan undang-undang yang dikenakan kepadanya.
Melihat dan berfikir. Bukan meniru. Guru juga tidak lepaskan peluang hadir ke pameran.. |
Pameran tersebut juga berjaya memperkenalkan tentang Visi, Misi, Objektif, Strategi dan Kod Etika AADK kepada para 800 orang pelajar. Antara Visi dan Misi AADK ialah :
Masyarakat Malaysia Bebas Dari Dadah
MISI
Agensi Utama Memerangi Dadah
OBJEKTIF
- Mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah
- Merawat dan memulih penagih dadah
- Mencegah penagihan semula
- Membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah
Menghapuskan permintaan dan bekalan dadah dalam negara melalui:
- Pencegahan
- Rawatan dan Pemulihan
- Penguatkuasaan
- Kerjasama Antarabangsa
1. Mendukung visi dan misi Agensi Antidadah Kebangsaan sebagai satu amanah
2. Menolong penagih dadah secara profesional berlandaskan keperluan sebagai insan yang mempunyai maruah dan harga diri
3. Peka terhadap perkembangan masalah dadah semasa dan memastikan pembangunan diri secara berterusan
4. Berkerjasama dan berurusan secara profesional dan
5. Menghormati dan mematuhi arahan dengan jujur dan ikhlas
Terima kasih Cikgu...