Our social:

Selasa, Julai 24, 2012

Ceramah Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran Bahasa Melayu SPM 2012

Program peningkatan Prestasi Mata Pelajaran Bahasa Melayu SPM Merupakan aktiviti tahunan Panitia Bahasa Melayu SMK Baru Miri yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi calon SPM. Pada tahun ini ceramat tersebut telah diadakan pada 7 Julai Jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang bertempat di Dewan Sri Harmoni SMK Baru Miri. Penceramah kali ini ialah En. Mohsan Bin Dirim dari SMK Tun Abdul Razak, Kuching.


En. Mohsan Bin Dirim sedang memberi ceramah

Banyak informasi terkini telah disampaikan oleh penceramah terutama informasi yang berkaitan dengan teknik menjawab soalan Bahasa Melayu SPM. Beliau merupakan salah seorang Ketua Penyemak Kertas Bahasa Melayu SPM Zon Sarawak yang sangat berpengalaman dan sering terlibat dalam seminar berkaitan dengan mata pelajaran tersebut.

Dalam ceramah tersebut, beliau turut menerangkan cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi membantu pemahaman pelajar.

Semasa sesi bersama guru, beliau banyak berkongsi maklumat tentang teknik penulisan karangan yang mudah yang boleh membantu para pelajar untuk lulus. Beliau juga telah membimbing para guru tentang Pembinaan Item Soalan yang sesuai dan berkualiti selaras dengan kehendak format Sijil Pelajaran Malaysia.

Semoga ceramah memberi manfaat kepada semua pelajar dan dan menambahkan lagi keyakinan guru mengajar seterusnya melonjak prestasi pelajar..

Minit Curai disediakan Oleh:
Cg Mohamad Nasir Bin Sopin.

Terima kasih Cikgu..