Aktiviti 4 Dalam 1
Pada pagi ini 31 Julai 2012 dalam perhimpunan rasmi sekolah bermula jam 7.00 pagi telah berlangsung empat majlis serentak iaitu Majlis Penyerahan tugas Pemimpin pelajar Sesi 2011/2012 dan pelantikan Pemimpin Pelajar Sesi 2012/2013. Program Guru Penyayang, Anti Ponteng dan Pengibaran Jalur Gemilang sempena menyambut Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Baru Miri. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, SMK Baru Miri.
Saudara Grunsin sedang menyampaikan amanatnya dan majlis penyerahan tugas |
Penyerahan tugas Lembaga Pemimpin Pelajar Sesi 2011/2012 diketuai oleh saudara Drunsin selaku ketua Pemimpin Pelajar Lelaki dan Julie Tee selaku Ketua Pemimpin Pelajar Perempuan Sesi 2011/2012. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pemimpin pelajar yang telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi dan banyak membantu guru serta pengurusan sekolah dalam pelbagai aspek terutama sekali aspek disiplin.
Lembaga Pengawas Baru 2012/2013 sedang melafazkan Ikrar |
Hari ini, semua tugas yang digalas diserahkan kepada Lembaga Pemimpin Pelajar Sesi 2012/2013 kerana Pemimpin Pelajar lama akan menumpukan sepenuh perhatian terghadap pelajaran dan akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Pihak sekolah berharap Pemimpin Pelajar yang baru akan menunjukkan sifat kepimpinan yang baik dan menjadi teladan kepada pelajar SMK Baru yang lain. Jalankan tugas dengan amanah, bertanggungjawab, ikhlas, jujur dan dedikasi. Sama-sama kita menuju ke arah kecemerlangan.
Sambutan hari jadi kepada pelajar merupakan salah satu aktiviti Guru Penyayang |
Program guru penyayang pula diadakan selaras dengan pelaksanaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Objektif guru penyayang adalah menjiwai amalan penyayang, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Dewan penuh sesak, kedatangan pelajar ke sekolah SMK Baru mencapai lebih 93% |
Program guru penyayang juga mempunyai kaitan rapat dengan Program Anti Ponteng. Para pelajar telah dipertontonkan klip Video bertajuk "Pesan Abang" dan bacaan ikrar Anti Ponteng sebagai simbolik Program Anti Ponteng peringkat sekolah. Matlamatnya ialah untuk menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di kelas pada setiap masa P&P. Hal ini kerana didapati kadar ponteng kelas di seluruh Malaysia semakin meningkat. Fenomena ini telah menyebabkan para pelajar terlibat dengan aktiviti negatif. Program ini diharap dapat memupuk kesedaran para pelajar dan guru-guru tentang pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas.
Penyerahan Bendera kepada Ketua Tingkatan, dari Tingkatan 1 Hingga 6 Atas Oleh Pengetua dan Penolong kanan Pentadbiran. |
Jalur Gemilang Kita Kibarkan
Anti Ponteng Guru Penyayang
Sama-sama kita Jayakan
Guru Cemerlang Pelajar Gemilang
Terima kasih kepada smua guru yang terlibat dalam 4 pelancaran 4 Aktiviti ini.
Terima kasih Cikgu..