Our social:

Rabu, Jun 13, 2012

Pelajar Harus Sedia Hadapi Saingan Global..

The Borneo Post Online, Saturday, May 12,2012

IT'S OPEN: Ahmad Lai Strikes a gong to declare open the championship, witnessed by Anuar (left) and Mohd Shariff.
MIRI: Setiap pelajar harus mempersiapkan diri dengan kelengkapan modal insan bagi persaingan peringkat antarabangsa. 

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, pihak kementerian sentiasa berusaha untuk memartabatkan mereka sebagai pelajar kelas dunia.

“Skop pendidikan kini adalah lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada keputusan peperiksaan semata-mata,” katanya pada Majlis Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru Miri Ke-17 di Stadium Miri semalam.

Menurutnya, kegiatan kokurikulum dan kemahiran tertentu turut dititikberatkan kepada pelajar sebagai persediaan awal bagi pasaran kerja pada suatu hari nanti.

“Cemerlang dalam pembelajaran dan ditambah dengan kecemerlangan dalam kegiatan kokurikulum akan menjamin kejayaan seseorang pelajar,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menasihati pelajar untuk sentiasa menyanjung tinggi para guru yang sentiasa memberikan terbaik kepada mereka.

“Segala curahan bakti seorang guru harus kita ingati kerana mereka sentiasa ingin melihat setiap pelajarnya cemerlang dalam segenap aspek.” jelas beliau.

Mengenai kejohanan, setiap acara atau majlis seperti kejohanan sukan seumpama bertujuan untuk membimbing pelajar dalam membentuk disiplin diri mereka.

Ia juga akan mewujudkan persekitaran selain persaingan yang sihat antara peserta yang mengambil bahagian.

Pada majlis sama, Ahmad Lai turut mengumumkan bantuan sebanyak RM3,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Baru Miri.

Turut hadir adalah Pengetua Mohamad Shariff Mat Saad dan Yang Dipertua PIBG SMK Baru Miri Kaunselor Anuar Ahmad.

Note:


Terima kasih YB kerana telah memberikan sumbangan kepada PIBG. Cek tersebut telahpun dimasukkan ke dalam Bank pada 25 Mei 2012. Semoga YB sentiasa diramati Allah dan dimurahkan rezeki..