PROGRAM SEMBELIHAN OLEH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2012
Pelajar dan guru-guru berkumpul, melihat bagaimana sembelihan dilakukan |
Pada 19 Mei 2012 Panitia Pendidikan Islam di bawah pengurusan Ustaz Shukri telah melaksanakan satu program sembelihan untuk pelajar tingkatan 4 di bawah tajuk sembelihan. Sebanyak 10 ekor ayam yang berharga RM18 seekor telah di sediakan oleh panitia pendidikan Islam bagi tujuan tersebut. Seramai 30 orang pelajar dan beberapa orang guru termasuk Pengetua, Penolong Kanan Hem, Penolong Kanan Ko-K hadir pada majlis tersebut sejak jam 8 pagi.
Bismillahirahmanirahim... seorang pelajar tingkatan 4 sedang menanti untuk sembelih.. |
Penolong Kanan Ko-K Cikgu Siti Akmarliah pun sama-sama belajar menyembelih dibantu oleh Cikgu Fazli |
Apa yang menggelikan hati Cg Hamidon, agaknya ayam dah terberak ketakutan menanti giliran.. |
Dalam Ucapan ringkas oleh Ustaz Syukri, beliau menyatakan selain memenuhi sukatan pelajaran pelajar dapat merasa sendiri bagaimana untuk menyembelih ayam. Pelajar bukan sahaja mempelajari dari segi teori tetapi mereka dapat melihat sendiri hasil sembelihan dan apa yang perlu dilakukan supaya sembelihan tersebut sah dan halal di makan. Mereka juga di tunjukkan bagaimana memegang pisau. cara memegang, dan seterusnya memproses ayam tersebut. Selain dari itu majlis tersebut dapat mengeratkan lagi silatulrahim dikalangan pelajar dan guru-guru Islam di SMK Baru Miri. Ustaz juga berharap agar para pelajar boleh menjadi pengusaha ayam halal jika ada minat untuk menjadi usahawan nanti.
PK Hem, Ustaz Shukri dan Cg Adib juga bersama-sama bergotong royong memasak |
Nyaman baunya, nyaman dimakan... Ayam Panggang Segar. |
Dalam ucapan pengetua, beliau berharap program ini patut diteruskan pada masa akan datang. Lebih meriah jika semua guru Islam dan semua pelajar terlibat. Program seperti sangat baik, pendidikan bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah, tetapi boleh berlaku di mana-mana sahaja. Pelajar bukan sahaja mendengar apa yang diajar tetapi mereka belajar dengan melihat sendiri apa yang berlaku dan ini akan memberi pengalaman yang lebih baik.
Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam terutama kepada Ustaz Shukri atas usaha ini. Semoga ia memberi kesan yang mendalam kepada pelajar seterusnya menjadi pengusaha ayam halal di sekitar Bandaraya Miri nanti atau dapat sembelih sendiri untuk santapan keluarga.
Terima kasih Cikgu
Daripada :
Mohamad Shariff Bin Mat Saad
Pengetua
SMK Baru Miri